Saturday, January 24, 2009

SMK A SHOAW SYURGA KU


Nie kisah tentang sekolah ku skolah nie tempat yang paling seronok pernah aku diami betul

Ni kisah tentang sekolah sye SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB atau nama singkatannya SHOAW

SEJARAH SEKOLAH

1976:Menumpang di SMK Bandar Kuching Nombor 2 di Bintawa. Aliran Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris diwujudkan. 3 Januari 1977:Berpindah ke tapak baru di Batu 14 Jln. Matang. Penubuhan sekolah Aliran Agama di negeri ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Salleh Jafarudin, Timbalan Menteri Pelajaran apabila sekolah ini telah menyediakan dua kelas agama tingkatan satu. Tiga aliran telah wujud iaitu Aliran Agama, Aliran Bahasa Malaysia & Aliran Bahasa Inggeris.

29 Mei 1978:Ditukar namanya kepada SMK Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Pembukaan rasmi sekolah dengan nama barunya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran. Memandangkan sekolah ini ialah satu-satunya sekolah yang mempunyai aliran agama ketika itu maka nama Sheikh Othman Abdul Wahab telah dipilih kerana beliau ialah ulama Sarawak yang pertama berpeluang mengajar di Masjidil Haram di Mekah.

1979:6 kelas tingkatan satu diadakan. Sekaligus bilangan pelajar aliran agama semakin bertambah. Pelajar-pelajar aliran agama yang pertama diwujudkan di sekolah ini telah menduduki peperiksaan SRP buat pertama kalinya pada tahun 1979 dan SPM pada tahun 1981.

1987:Kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah menduduki peperiksaan STPM –aliran agama. Seterusnya kumpulan pertama sekolah ini telah melanjutkan pelajaran mereka di peringkat pendidikan tinggi (universiti) dan telah mula menampakkan hasilnya pada tahun 1987. Pada peringkat awalnya, kemudahan asas di sekolah ini amat berkurangan. Kemudahan asas seperti air dan letrik tidak dibekalkan dan sekolah hanya mempunyai sebuah bangunan untuk asrama lelaki dan perempuan. Semua pelajar pada ketika itu diberi biasiswa tempatan dan buku teks secara percuma, malahan bayaran untuk makanan dan yuran sekolah tidak di kenakan.

2006: Lawatan Yang Berhormat Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia.

2007: Lawatan yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi serta rombongan menteri kabinet.

2008: TYT Negeri Sarawak solat Jumaat di Masjid SMKA Sheikh Hj Othman Abd Wahab.

Sedikit Sebanyak Tentang SHEIKH HJ OTHMAN ABDUL WAHAB

Sheikh Haji Othman Abdul Wahab dilahirkan di Kampung Sinjan, Sarawak pada Jumaat 10 atau 11 Muharam 1281H (1863).Beliau merupakan guru kepada beberapa orang ulama terkenal seperti Dr. Abdul Karim Amrullah (HAMKA) dan Sheikh Tahir Jalalludin. Beliau meninggal dunia pada pukul 5.10 pagi Jumaat 23 Zulkaedah 1339H (1921M) di Mekah. Apabila meninggal dunia, jenazah beliau diuruskan oleh salah seorang guru beliau sendiri iaitu Syeikh Said Al-Yaman. Solat jenazah beliau dilakukan oleh beribu-ribu orang sebelum disemadikan di Tanah Suci Mekah.


Falsafah Sekolah

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar berilmu pengetahuan, seimbang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah dan negara.

Visi

Tahun 2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SHOAW akan menjadi antara sekolah yang terunggul di Sarawak.

Misi

SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab adalah sebuah sekolah Menengah Agama yang komited untuk menjadi antara sekolah terunggul di Sarawak akan sentiasa berusaha untuk;

Melakukan Pengajaran dan Pembelajaran berkualiti
Menerapkan nilai-nilai positif
Memupuk semangat juang yang tinggi di kalangan warganya.
Melaksanakan sistem pengurusan yang cekap dan berkualiti.

Objektif

Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.

Matlamat

Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam

Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan.

Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara

Piagam Pelanggan

Bekerja dengan semangat berpasukan, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, cekap, bijaksana dan penuh kasih sayang.

Memberi perkhidmatan berkesan dan pendidikan berkualiti berasaskan budaya ilmu untuk melahirkan insan seimbang bagi memenuhi matlamat Wawasan Pendidikan menuju era 2020.

Memberi layanan mesra, adil dan berkesan kepada pelajar-pelajar, ibu bapa, majikan dan masyarakat ke arah ' zero defect'.

Menjadikan SMKA SHOAW sekolah kebanggaan masyarakat yang berteraskan budaya cemerlang, perkhidmatan penyayang, bersikap terbuka dan prihatin kepada pelanggan.


Sedikit Sebanyak Tentang Ragbi SHOAW

Ditubuhkan pada awal tahun 2000 dengan sedikit pengalaman daripada jurulatih dan sedikit bakat daripada pelajar, sekolah kami telah memenangi piala ragbi mssm negeri sarawak mengalahkan kuasa besar ragbi sarawak seperti SMK ST JOSEPH,KOLEJ ABDILLAH dan SM SAINS.Pada tanggal 23 januari 2009 sekolah kami secara sah nya telah memenangi kejohanan ini untok kali yang ke 10 berturut-turut.Kini kami sudah dikenali seluruh sarawak sebagai sebuah pasukan yang berwibawa dan bersemangat kental,kami juga telah malahirkan pamain yang mawakili MALAYSIA dalam sukan ini, kami kini dibarisi dengan pemain yang berbakat dan jurulatih yang berwibawa.


No comments:

Post a Comment